Hai geng! hahahaha korang mesti tak pernah kenal aku kan? hahaha takpe aku bukannya Soloz yang baru sahaja menang award dekat gaming streamer kat Facebook. Aku hanyalah insan biasa yanng baru berjinak dengan penulisan blog ni. Hahahaha. Aku bukan Caprice yang selalu bagi nasihat dekat IG. Aku hanyalah seorang manusia yang bergelar siswa guru di kampus Ipg Ipoh ini. Aku harap korang enjoy la baca blog aku ni. Aku rasa nak cerita something aku post kat sini je
Nama sebenar aku Afif, kat ipg ni orang panggil aku Afif la. Tapi aku dulu banyak nama. Kat sekolah menengah orang panggil aku blog. Asalnya dari coolblog la. Aku dapat nama dari senior aku time aku form 1 dulu hahahahaha. Time form 1 biasa la jadi pengutip bola time tournament ke trening ke. So biasanya diorang panggil budak yang kutip bola ni milo. Aku pun tak tahu asal dari mana tapi tulah aku accept je. Pastu tiba pulak satu waktu bersejarah ni, bila tengah atur strategi nak main esoknya, sorang senior aku cakap "wei aku nak tukar nama kau ah budak milo.Aku nak panggil kau coolblog sebab lagi sedap". Aku time tu biasalah junior takkan la nak lawan en. So melekat la nama aku kat sekolah tu sebagai Blog. Sampai cikgu pun panggil aku blog tau AHAHAHAHAHA. First first memang la aku terasa, lama lama aku macam biasa dah yela kena hadap gak. So aku fikir Blog pun style gak.Tu baru kat sekolah. Habis spm aku dapat la tawaran sambung di sebuah pusat asasi uitm. Kat dengkil la senang citer yang tengah viral sebab budak budak yang baru masuk untuk intake baru ni (batch selepas aku) ade yang bodo pegi catcalling budak pompuan yang pakai kain batik, pastu ade yang acah hero pergi buat video macam Caprice HAHHAAHAHAH. So kat situ first aku masuk, majoritynya budak selangor la. Hari kedua kuliah,time baru je bukak pintu, classmate gabung aku tetiba panggil aku budu AAHAHAHAHAH. BUDU oiii sebab aku asal dari kelantan. HAHAHAHAHA. So time tu aku tak kisah pun sebab nanti senang orang nak kenal aku. Okay cerita macam mana aku boleh dapat nama panggilan tu.
So korang dah tahu aku orang manakan . Aku ni seorang yang keras hati gak tapi dalam hati ade taman gitu HAHAHAHAHAHA. Aku juga ade gf la orang kata tapi aku jenis yang tak suka benda benda orang cakap sweet gitu. Aku geli sebenarnya dengan benda alah tu tapi aku ade gf. AHAHHAHAHA pelik kan tapi biasa la lumrah manusia. Allah SWT menciptakan manusia berpasangan. Nabi Adam AS pun diciptakan dengan Hawa.Okay okay aku taknak jadi ustaz lak kat sini nanti korang cakap aku munafik.Aku cerita la sikit cane aku dapat gf aku tu senang. Gf aku ni classmate aku dari form 1 n form 2. So time form 1 tu kitorang tak rapat pun sebab yela baru masuk sekolah menengahkan mana rapat lagi boss. AHhHAHAHAHHA. Time nak dekat hujung tahun form 2 tu baru aku start rapat sebab time tu aku baru ade fon. Bapak aku beli sebab harijadi aku en. So lepastu,aku pun start la ws dia. Dia pun layan elok la sebab rapatkan. Ade satu hari tu entah la macam mana perangai budak aku yang masih bodo lagi pergi merajuk dengan dia. Pastu dia pun macam bersalah la sebab yela dah aku merajuk dengan dia pastu dia cakap apa dia kena buat untuk aku tak merajuk lagi dah dengan dia. Pastu aku tak tahu la syaitan dari belah mana suruh aku taip mintak dia jadi baby aku (bapak cringe gila) pastu dia pun terima je. HAhahaHAHAHAHA tapi tu tak lama pun macam sebulan lepas tu break sebab aku bodoh sangat control dia kaw kaw. Time form 3, kitorang macam getback balik la aku pun aku tak tahu kenapa(mungkin sebab sayang kut) AHAHAHAH. So aku accept la. Pastu time puasa tu ade la senior aku ni rapat dengan aku (perempuan pastu badar lagi) dia suruh aku break dia cakap tak elok la ape la. Okay aku faham tapi aku taknak lagi. Tapi gf aku ni rapat dengan sorang classmate dia time tu iaitu classmate aku time form4 form5. Aku tak kisah pun pada awalnya pastu aku tahu gf aku ni ade twitter, so aku pun buat la satu. Dalam twitter tu aku nampak la diorang berbalas tweet yang buat aku jadi jeles n so on.N aku pun mintak la putus tapi kitorang janji yang kitorang takkan cari lain.Dia taknak at first tapi aku berkeras gak sebab time tu sekolah kecoh pasal couple ni so aku berkeras gak. Lepas seminggu kitorang putus, mesti korang dah expect ape jadi kan? hahahaaha betul la ape korang teka. Gf aku ni pegi la couple dengan saviour dia time dia broken. So bermula la zaman gelap aku kat sekolah tu sebab yang gf aku couple tu geng kepala pengat kat sekolah la. So dia macam ade ramai influencer. So aku dulu kena kaw kaw la. Setiap malam kat kelas tu aku nangis. Sumpah aku rasa nak pindah sekolah tapi aku tahan. Nasib baik PT3 aku dapat la 9A.Alhamdulillah.Cite dua orang tu lama la dari kitorang sebelum ni dalam 4 bulan centu. Time tu wechat lagi en. Dia pun send message ikut apps tu. Dia mengadu kat aku yang bf dia time tu mintak tukar gf dengan member aku capt ragbi sekolah. member aku pun ade gak mengadu kat aku pasal tu. Aku tak tahu nak buat ape sebab time tu aku dah takde pape en. Dah la dia mengadu time aku tengah pegi bercuti ngan family aku. Dia pun cakap menyesal la ape la sebab buat kat aku centu. Pastu aku pun okay je sebab bukannya nak getback pun.So dia putus jugak dengan bf baru dia tu. Time form 4 aku ngan dia still in touch sebab still satu sekolah n so on. Dia dah anggap aku mcm abang dia. Aku okay je sebab time tu aku tengah mealayan budak perempuan yang minat kat aku sebab aku komander terbaik sekolah time form 4 tu.(riak sikit AHAHhaha) So time form 5 tu, aku kantoi ngan dia yang aku hisap rokok. Dia tanya bila lagi aku start and aku cakap la time dia putus ngan aku time form3 dulu. Dia macam marah aku n kenapa aku jadi macam tu. hahahahah aku tak kisah pun. So dia cakap la dia still sayang aku. Aku argue dengan dia pasal tu tapi dengan cara baik la. Pastu time form 5 tu aku dapat wakil negeri main sofbol. So aku macam busy la tapi aku bawak fon pegi sekolah sebab cikgu bagi. Aku SU badar kat sekolah so ape ape report boleh kasitau cikgu or warden terus. Time aku kat Johor tengah tournament, aku tak tahu kenapa aku rasa rindu sangat dekat dia even kitorang jarang jumpa kat sekolah. So dia ade ws aku malam before aku ade game esoknya hahahahaha. Malam tu aku rasa macam aku nak dia balik. Aku bagitau dia yang aku ni still sayang dia jugak. So dia okay je kitorang rapat balik tapi tak declare as couple. So on my birthday tu, dia confess kat aku. tapi bukan direct. Dia macam selitkan dalam wish dia malam tu. So aku happy la dah tak sendu en. So kitorang still together sampai sekarang. Aku bersyukur sangat dapat dia sebab dia sorang je boleh handle marah aku and tak cepat mengalah. Aku harap dia boleh tahan dengan aku sampai bila bila. hahahaha sorry la buat korang cringe tapi tu la kisah aku dengan gf aku.
Aku teruskan cerita aku dengan masa aku kat dengkil. Aku at first ada geng dengan member aku yang panggil aku budu tadi. Geng kitorang dalam 6-7 orang centu pada awalnya. Selain diorang aku rapat ngan classmate aku. So aku ade dua geng la sekarang. Aku okay la ngan diorang. Lunch dengan classmate aku dinner dengan geng aku tadi. So first sem tu aku on je ngan diorang kalau weekend ajak keluar ke apa aku on saja. Pastu macam bila diorang dah sama sama kenal so kitorang gabung group so geng kitorang jadi ramai la. So kalau overnight tu dua kereta. Satu classmate aku punya satu lagi kereta sewa. Pengalaman overnight paling gila aku bila time kitorang ade assignment yang kene iv orang awam la ape sume. Otw balik dengkil tu, aku silap jalan sebab tersilap masuk exit. Classmate aku duk merungut lapar la ape sume. So kitorang decide kitorang overnight. Pegi KL bhai.First time aku drive kat KL malam tu. Aku ni jenis gila stereng sikit. Kalau ngantuk orang suruh drive pun aku jadi segar balik. Malam tu kitorang cari la mamak dulu. Aku on je sebab diorang nak belanja. Pastu kitorang pegi KLCC malam buta entah buat ape, hampir termasuk kelab malam sebab terdesak nak cari toilet. N then kitorang pegi McD ampang. Esoknya kitorang masuk pukul 7 n kelas kitorang pukul 10. Aku memang tak pergi dah kelas. AHhAHAHAHA tu baru satu. Banyak kali jugak kitorang overnight.Hampir tiap kali weekend kitorang overnight hahahha. Masuk sem 2 kitorang berpecah kelas. Tapi at first still on lagi sebab luch sama sama. Pastu dekat tengah sem tu aku macam ade terasa sikit ngan diorang. Tapi aku tak kisah la sebab aku still ade classmate baru n housemet aku juga aku tak lupa. Diorang macam kecikkan group maksudnya bila makan sekali en. Biasa la bila group dah besar mestilah ade yang terpinggir. Aku ngan member aku lah yang terpinggir tu pastu kitorang pun macam takpe lah kau ade classmate baru en so kita lepak dengan classmate baru je. Kalau nak shisha ke ape baru aku lepak dengan member aku yang panggil aku budu tu. kitorang okay je. Aku terasa sebab geng yang besar tadi ade yang couple between them so aku macam okay la tak kisah tapi diorang macam taknak layan aku sebab aku ade gf tapi bukan kat situ. So aku pergi la membawa diri. Tapi aku still pretend yang aku ni still in that group. Sebab nak jaga hati diorang. So last paper untuk asasi tu, aku takde sebab aku tak sihat n malas nak ade dalam gambar tu. Banyak yang buruk dari yang baik. Aku harap geng aku kat ipg ni tak jadi macam tu lah. Cukup 10 orang je dalam group tu takyah nak tambah tambah lagi. Aku sayang geng ipg aku ni!
Okay tu jela cerita aku untuk kali ni. Sebab dah nak maghrib. So aku ciao dulu. Kalau nak aku tulis ape ape tentang aku korang roger la. Ade masa aku tulis okay! Bye !